Monday, May 17, 2010

Pengenalan


PENGENALAN


Haddad Marketing adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada sejak tahun 1997 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (pindaan 2001) dan menjalankan operasi perniagaan pada tahun yang sama. Jenis perniagaan Haddad marketing pada mula operasinya ialah membekal dan menjual ubatan tradisional, makanan,minuman dan buah kurma.
Pada tahun 2002 Haddad Marketing telah berpindah ke Lorong Medan Kangar, Perlis bagi menumpukan pelan pemasaran bagi sekitar Bandar Kangar. Syarikat ini telah berjaya menjadi salah satu pembekal kepada pasaraya Carrefour di Wangsa Maju, Selangor bagi kumpulan IKS pada awal tahun 2005. Penglibatan syarikat ini sebagai pengeluar produk Kopi Kurma 7 in One telah menarik minat pengurusan Carrefour untuk membenarkan Haddad Marketing membekal kepada seluruh cawangan hypermarket mereka di seluruh negara.

Prospek ini telah menjadi lebih menarik apabila Haddad Marketing ditawarkan oleh MARA Perlis sebuah kilang memproses Kopi Kurma 7 in One. Pada Ogos 2006 kami memulakan operasi pemprosesan, pemasaran, pengurusan ,pentadbiran ,dan pengedaran di No.1 & 2, Bengkel Jejawi Fasa 2 sehingga kini.

Pada masa ini Haddad Marketing telah merancang strategi untuk menjadi pembekal kepada seluruh cawangan pasaraya Giant, Mydin , The Store Corporation Berhad , Pasific , Mesra Convenience Store , Tesco, AEON Co. (M) Bhd, ,seluruh cawangan francais 7 eleven di seluruh Malaysia dan Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani.Oleh sebab itu, kami telah meningkatkan lagi kualiti dari segi pengeluaran, pembungkusan dan resepi yang telah diubahsuai mengikut kehendak pelanggan kami dan menepati ciri-ciri keperluan halal yang ditetapkan.

1 comment: